CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 12, 2012

Rokok Tidak Membahayakan Kesihatan

Suatu ketika dahula ada tiga orang sahabat bernama Hamad, Hamid dan Hamud. Ketiga-tiga mereka mempunyai hobi yang berbeza. Hamad merupakan kaki perempuan dan hari-hari melayan wanita tidak kira di mana jua dia berada. Hamid pula seorang kaki botol, hari-hari mabuk minum arak 10-20 botol tiap-tiap hari. Manakala Hamud pula seorang kaki perokok.

Suatu hari mereka terjumpa satu botol. Seperti dalam cerita-cerita zaman dahulu, selepas digosok botol itu keluar satu jin dan berjanji akan menunaikan satu permintaan setiap seorang. Hamad meminta untuk bersama 1000 wanita dari semua negara dan berada di dalam gua selama 10 tahun tanpa gangguan. Hamid pula meminta dirinya berada di dalam gua bersama 10000 botol arak dari pelbagai jenama dan berada di dalam gua selama 10 tahun tanpa gangguan. Hamud pula memintan 100000 kotak rokok dari pelbagai jenama dan duduk di dalam gua selama 10 tahun tanpa gangguan.
Selepas 10 tahun seperti yang dijanjikan jin itu membuka pintu gua Hamad dan apabila Hamad keluar lemah dan kurus kering dan akhirnya mati. Jin itu membuka pintu gua Hamid pula dan Hamid keluar berjalan dengan perut buncit serta mabuk dan akhirnya rebah lalu mati. Jin tersebut membuka pintu gua Hamud. Hamud dalam keadaan sihat lalu berjalan kearah jin itu. Tanpa bercakap panjang lalu Hamud tampar muka jin itu dan berkata
“Bodoh, mancisnya mana??”agak2 korang la ape yg perokok ni mkn sepanjang dlm gua tu??

Meyingkap Misteri Serigala Jadian

Pada tahun 1573, seorang lelaki Perancis yang bernama Gilles Garnier telah dibakar hidup-hidup selepas lebih daripada 50 orang saksi melihat beliau sedang mengoyak badan seorang kanak-kanak dan memakan dagingnya.

Garnier mengakui bahawa dia telahpun membunuh dan memakan daging lebih daripada empat orang kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana mendakwa beliau adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperolehi keupayaan untuk bertukar daripada manusia menjadi serigala jadian selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.


Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.

Gambar Sebagai Hiasan

Kira-kira 31 tahun kemudian, kes yang hampir sama kembali berulang di Perancis. Seorang remaja yang bernama Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.

Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.

Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes yang sama telah dilaporkan terjadi di pelbagai tempat di seluruh dunia – manusia itu membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian.

Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa seperti serigala jadian yang menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan? Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malahan ia sudahpun berlarutan selama ratusan tahun, bahkan sudahpun wujud dalam pelbagai budaya bangsa di dunia ini.

Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang berkemampuan bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.

Gambar Sebagai Hiasan

Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya mereka tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas jika cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.

Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan bahawa wujudnya puak Neuri pada zaman dahulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama iaitu manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian dengan menggunakan ilmu sihir atau saka.

Teka-teki yang membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian terbabit menyebabkan para penyelidik mulai melakukan kajian bagi membongkar misteri tersebut. Akhirnya selepas beberapa lama kajian dibuat, mereka mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!

Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam. Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain. Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ‘lycanthropy’ dan para penyelidik mempercayai kes yang membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada penyakit lycanthropy berkenaan.

Pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: “Seseorang yang mengalaminya mempercayai bahawa mereka sesungguhnya telah menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.”
 

Penyakit Hypertrichosis

Selain sindrom lycanthropy, para penyelidik juga mempercayai bahawa segala cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik yang dikenali sebagai nama Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu akan  kelihatan seakan-akan serigala.

Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dahulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga terlahirlah momokan kewujudan serigala jadian daripada kalangan manusia yang terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.

Wednesday, July 11, 2012

Home ---> Tutty Fruity ---> Mid Valley

Ok ! Da cukop sangap nak mengedate nih ! so we olls decided nak melepak dekat Mid Valley with kanak2 mereng sekalian .. before dat makan Tutty Fruity yang Baby boo teringin la sangat.. so sebagai nak memenuhkan lagi entry nih so aku taruk picture2 kami yang sangat la Hot stuff ini ..


Tu dia masakan Si Jejaka saya ! Sedap nyaahhh ~ kalah Azwan Ali :)


Tu dia Si muncit tersenyum manis setelah mendapat Tutty Fruity idaman !


See, betapa pelahapnyer... Sayang sape nie??? 


Bila terlalu lapar, mukanya akan berubah ! Pizza Hut :)


ok! setelah sekian lama muka Si Jejaka, Now it's my turn ! Khusyuk menyedut Air :)


Done ! tu sahaja entry untuk kali ini, next time jejaka plak k ! 




ada lagi sorang tertinggal !


Taaarraaaa ~


Si Dobot memakai Tudung :) 


ViVa Espana ~

Hooreyy ! Finally the winner is...... ! 
SPAIN~

 Sayang jangan jelly with me ok??
i got the T-shirt then tetibe leh menang pelak...

So ini semangat Spain saya !


Korek2 hidung dulo...

sikit lagi....

Taraaaaaaaa....




Thanks Sayang for this T-shirt ! 

Love it :)





Wednesday, July 4, 2012

Fakta Mengenai Vampire dari segi Pandangan sains perubatan

Porphyria adalah sejenis penyakit gen dimana para pengidapnya akan kekurangan enzim glisin yang berfungsi untuk membentuk Heme. Heme adalah komponen hemoglobin yang berfungsi untuk membawa oksigen di dalam darah. Bayangkan jika Heme kurang dan oksigen tidak dapat dibawa secara sempurna, maka tubuh akan menjadi warna biru pucat. Kerana itu juga para pengidap Porphyria tidak boleh terkena cahaya matahari, kerana cahaya matahari boleh membakar kulit mereka.Maka mereka ada 2 ciri2 Vampire iaitu kulit pucat biru,tidak boleh terkena matahari...sebagai kaedah rawatan mereka perlu meminum darah secara terus untuk mendapatkan balik hemoglobin untuk mengekstrak oksigen dan enzim glisin(1 lg ciri Vampire)...so sah la sapa yg kene penyakit ni mmg vampire...penyakit ni juga adalah penyakit genetik turun temurun dan pernah dihidap oleh Raja Count Dracul yg kejam..tetapi sesiapa yg menghidap penyakit ini tidak boleh bertukar menjadi kelawar serta merta kerana itu sudah mengarut..Hanya Batman yg boleh tukar jd kelawar serta merta,tp Batman bukan vampire(itu fakta). Kenapa mereka takut bawang putih?sbb bawang putih mampu menghasilkan sel darah putih yang boleh membunuh sel hemoglobin yg berlebihan.Tikaman kayu Runcing dijantung?Lumrah  manusia mmg kene tikam apapun kat jantung boleh bawa maut.

Saturday, June 23, 2012

Jersi Spain Kamoo!





Sebenarnye saye dah belikan pon kamu Jersi Spain yang kamu gilakan sangat ni seminggu yang lepas. Ingat saje je nak sembunyi dari kamu nak wat seprais untuk kamoo tapi dah memandangkan kamu sampai meroyan hanya sebab jersi ni maka orang tayang la jugak jersi ni kat kamu agar hilang meroyan kamu tu. Saye memang tak kesah pun kalo kamu nak suruh kawan kmu belikan baju ni..tp memandangkan saya dah bersusah payah beli baju ni sebab tu la rase sakit ati sangat bila kamu nak suh orang lain belikan padahal baju ni dah memang ada kat saye pon..yang orang buat ayat2 tacink tu saje je nak psiko kamu.tapi memandangkan kamu sampai benci dan ayat yang paling tajam skali "sumpah aku tak nak pon benda tu kalau nyusahkan hidop ko"..ayat tu takde pape pon sebenarnye since saya da memang kenal perangai kamu tp yg AKU KO tu memang pedas ye..tapi saye malas nak amik pusing menda tu thats why i replied  "K ;)"
dan reply seterusnye "AKU x kesah pon" untuk bg kamu paham la macam mana rasanye bila kne "AKU KO" balik..Itu satu pengajaran untuk kamu sebenarnye ye..

Tau tak orang memang dah bersusah payah dapatkn jersi ni untuk kamu..orang da la tengah sengkek nasib baik sempat beli megi 2 pek sebelum g cari baju kamo ni..punya la best tengah2 panas g padang besar cari jersi kamu tp jersi spain dah sold out tau tak! yg tinggal jersi laki saiz XL je tu memang kalau beli kamu buat gaun tido je la jersi tu..jenuh sehari suntuk pusing tapi takde gak stok,kedai tu kata pembekal mmg abis stok utk saiz tu thats  why seluruh kompleks padang besar tu out off stock jersi spain lagi pun dah pertengahan Euro.stok banyak sebelum musim je,time macam ni memang tinggal jersi baki je la..

So saye pun patah la balik ke Arau dengan tangan kosong..nasib baik kat Arau ada Al-Ikhsan..tp memandangkan kat Al-Ikhsan tu barang ori and bit pricy la janji tetap janji sebab kebetulan ada last piece jersi spain women cutting saiz L yang bila tengok tak besar mane pon..sambar je la..dapat la jugak tunaikan hajat kamu walaupon duit saya da abis kopak dan takde bajet dah untuk jersi Germany saye  (T.T) sayang kamo punye pasal la kan..asalkan kamu happy...harap lepas orang da cite segalanya ni kamu sedarlahkan betapa saya sayang kat kamu..dan kamu puas ati la..berbahagialah kamu dengan jersi kamu tuh ye jangan nak dok meroyan lagi..and one more thing,sila hargai k since bukan senang kamu nak dapat gift dari saya...
k bye   MUUUAAAHHHHH!

Monday, June 18, 2012

Lepaking with Zizan Razak at Sadao Thailand


2 minggu lepas aku g Sadao Bike week alone sbb geng2 len nk datang 2nd day (hari last)...so sesudah sampai kat sana aku parking moto dan Mendaftar untuk join aktiviti...sedang aku daftar datang sorang mamat katik ni dia belek2 moto aku..aku pun risau g la kat moto..mula2 tgk mcm x cam sangat sbb spec dia besar dan aku x jangka yg dia leh ade jat thailand..so aku tegur la,

Aku   : bro lawa kan moto ni?
Zizan : yep lawa la moto ape ni?jarang aku tgk..
Aku   : Ni CBR250r mmg limited masuk Malaysia 200 unit je
Zizan  : Owhh...(sambil wat muke noob)
Aku   : Bro naik moto pe?
Zizan  : Aprillia RSV4
Aku    : Mana motor?takde pulak nampak RSV4 kat sini..
Zizan   : Ade parking belakang..(sambil tunjuk kat belakang)
Aku    : Mane geng2?
Zizan   : Kat dalam lepak2 ngan produser
Aku     :Eh pelakon ke?
Zizan   : Kadang2 (sambil bergurau), aku ada shooting,saja je singgah2 sini..
Aku    : Larhh Zizan ke! (terkujat jap) sory bro baru perasan..brapa lama kat sini?
Zizan  : Sampai malam ni je, besok pagi da start shooting
Aku    : Bro nk bergambo sket leh?nk tunjuk kat awek hihi nk mintak otograp xde pen lak..
Zizan   : Bolehh...
Aku    : Thanks bro..
Zizan   : Sama2...aku masuk dalam dulu join crew..
Aku    : Okeh2 jumpe lagi.. (sambil salam dia)

                    Ni Ha motor RSV4 bagi yang tak tau (price dalam rm110k)



Pastu terserempak ngan moto Idaman aku.. Ducati 1198 rege rm200k plus plus tu..



                             Sayang....can u buy for me this bike???plissshhhh......