Tersebut Al-Kisah seorang Jejaka yg berkenalan dengan seorang Dara dahulunya bekas schoolmate beliau. Mereka suka sama suka tapi malu untuk menzahirkan perasaan mereka. Sampai suatu masa si Jejaka tersebut pasrah dan cuba memberanikan diri untuk menyatakan hasrat hati kepada si Dara. Si Dara menerima dia dengan syarat sebagai percubaan selama sebulan. Si Jejaka sangat pemurah dan sentiasa menurut apa sahaja yang dikehendaki si Dara sepertimana sang hamba menuruti titah Sang Ratu. Cinta itu buta. Kerana terlalu cinta dan sayang si Jejaka memanjakan dan memberi apa sahaja kemahuan si Dara. Minggu pertama si Dara meminta sebentuk cincin silver 912 sebagai tanda perkenalan mereka. Walaupun cincin itu agak berharga tapi si Jejaka berusaha juga untuk memenuhi kehendak ratu hatinya itu. Di hujung minggu mereka berjumpa untuk pertemuan pertama kalinya di Restoran yang ditaja sepenuhnya hidangan oleh si Jejaka dan persembahkan Cincin Silver kepada Ratunya. Si Dara amat sukacita dan menghadiahkan satu senyuman yang sangat bermakna kepada jejaka.Di minggu yang ke dua si Dara sangat mengidam akan telefon bimbit termaju di zaman itu. Si Jejaka rasa bersalah mahu melaburkan cinta semahal itu tetapi diugut oleh si Dara jika tidak perkotakan maka si Dara akan meninggalkan si Jejaka. Maka pada hujung minggu pertemuan kedua mereka dia beroleh hajatnya. Si Dara Menjadi Tamak dan di minggu terakhir dia memohon sebentuk cincin emas sebagai simbol percintaan mereka. Kemahuan itu diluar kemampuan si Jejaka tapi dia pasrah dan berusaha mendapatkan apa jua yang dihajati oleh ratu hatinya itu. Si Dara dapat jua apa yang diidamkan. Sepanjang perhubungan mereka,banyak pahit getir dan pertelingkahan berlaku disebabkan oleh si Dara tetapi si Jejaka jua berkorban mengalah menuntut kemaafan yang bukan salahnya hanya kerana sayang akan perhubungan cinta mereka. Sampai satu masa si Dara mencari kesalahan kerna mahu memutuskan hubungan oleh hajat telah dipenuhi kesemuanya. Si dara langsung tidak menghargai cinta ikhlas Si Jejaka. Di dalam perbualan terakhir mereka di talian si Dara Berkata "Sudah cukup dengan maaf mu, berkali-kali ku memaaf mu tetapi tidak lagi kali ini. Jangan hubungi aku lagi kerana aku tidak mahu menerima mu dan berakhirlah segala pertalian kita setelah ku letak ganggang ini"....Tuppp....Dengan selamba si Dara berbuat demikian tanpa rasa bersalah. Si pemuda kesal tidak berkesudahan kerana hubungan mereka baru berputik tetapi tidak kesampaian berkekalan kerana sikap Keegoan dan materialistik si Dara. Semuanya kini hanya jadi kenangan pahit yang perlu ditelan si Jejaka. Ternyata cinta si Dara itu palsu dan tidak ikhlas.
(T__T)
0 comments:
Post a Comment