CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 17, 2012

KISAH CINTA 3 MINGGU

Tersebut Al-Kisah seorang Jejaka yg berkenalan dengan seorang Dara dahulunya bekas schoolmate beliau. Mereka suka sama suka tapi malu untuk menzahirkan perasaan mereka. Sampai suatu masa si Jejaka tersebut pasrah dan cuba memberanikan diri untuk menyatakan hasrat hati kepada si Dara. Si Dara menerima dia dengan syarat sebagai percubaan selama sebulan. Si Jejaka sangat pemurah dan sentiasa menurut apa sahaja yang dikehendaki si Dara sepertimana sang hamba menuruti titah Sang Ratu. Cinta itu buta. Kerana terlalu cinta dan sayang si Jejaka memanjakan dan memberi apa sahaja kemahuan si Dara. Minggu pertama si Dara meminta sebentuk cincin silver 912 sebagai tanda perkenalan mereka. Walaupun cincin itu agak berharga tapi si Jejaka berusaha juga untuk memenuhi kehendak ratu hatinya itu. Di hujung minggu mereka berjumpa untuk pertemuan pertama kalinya di Restoran yang ditaja sepenuhnya hidangan oleh si Jejaka dan persembahkan Cincin Silver kepada Ratunya. Si Dara amat sukacita dan menghadiahkan satu senyuman yang sangat bermakna kepada jejaka.Di minggu yang ke dua si Dara sangat mengidam akan telefon bimbit termaju di zaman itu. Si Jejaka rasa bersalah mahu melaburkan cinta semahal itu tetapi diugut oleh si Dara jika tidak perkotakan maka si Dara akan meninggalkan si Jejaka. Maka pada hujung minggu pertemuan kedua mereka dia beroleh hajatnya. Si Dara Menjadi Tamak dan di minggu terakhir dia memohon sebentuk cincin emas sebagai simbol percintaan mereka. Kemahuan itu diluar kemampuan si Jejaka tapi dia pasrah dan berusaha mendapatkan apa jua yang dihajati oleh ratu hatinya itu. Si Dara dapat jua apa yang diidamkan. Sepanjang perhubungan mereka,banyak pahit getir dan pertelingkahan berlaku disebabkan oleh si Dara tetapi si Jejaka jua berkorban mengalah menuntut kemaafan yang bukan salahnya hanya kerana sayang akan perhubungan cinta mereka. Sampai satu masa si Dara mencari kesalahan kerna mahu memutuskan hubungan oleh hajat telah dipenuhi kesemuanya. Si dara langsung tidak menghargai cinta ikhlas Si Jejaka. Di dalam perbualan terakhir mereka di talian si Dara Berkata "Sudah cukup dengan maaf mu, berkali-kali ku memaaf mu tetapi tidak lagi kali ini. Jangan hubungi aku lagi kerana aku tidak mahu menerima mu dan berakhirlah segala pertalian kita setelah ku letak ganggang ini"....Tuppp....Dengan selamba si Dara berbuat demikian tanpa rasa bersalah. Si pemuda kesal tidak berkesudahan kerana hubungan mereka baru berputik tetapi tidak kesampaian berkekalan kerana sikap Keegoan dan materialistik si Dara. Semuanya kini hanya jadi kenangan pahit yang perlu ditelan si Jejaka. Ternyata cinta si Dara itu palsu dan tidak ikhlas.

(T__T)


Wednesday, August 15, 2012

Me want like this !


Berharap 1 hari nanti, aku akan memiliki kasut sebanyak ini :)



Tuesday, August 14, 2012

Resepi Ayam Grill Berempah Sendiri


Ayam Grill Berempah Sendiri Punya buat
Bahan utama
1 ekor ayam

Bahan Perapan
1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 cawan teh Sos Tiram

Bahan Berempah
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 Sudu Bunga Cengkih
1 sudu Daun Rosemary
1 sudu lada hitam biji
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula

Langkah-Langkah

  1. Kisar Bahan Perapan
  2. Gilis bahan herba dan rempah menggunakan batu lesung atau batu giling sehingga menjadi serbuk
  3. Campurkan bahan berempah yg telah digilis td kedalam campuran bahan kisar
  4. teruskan mengisar selama 5 minit
  5. Cuci Ayam yg telah dinyahbeku
  6. letak didalam tupperware atau bekas tertutup,dan gaulkan dengan bahan2 yg telah dikisar td.
  7. tutup tupperware dan simpan dalam peti sejuk bersuhu rendah sekurang2nya 2 jam,nk sedap semalaman
  8. Keluarkan dari peti sejuk dan sedia untuk dipanggang dengan bara sederhana sehingga masak



Monday, August 13, 2012

18 Perkara Mengenai Lelaki dan 21 Perkara yang membuat Lelaki menyenangi Wanita

Wahai kaum wanita, ketahuilah bahawa SEORANG LELAKI itu :
1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). 
2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. 
3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. 
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. 
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. 
6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita. 
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama! 
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. 
9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. 
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. 
11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. 
12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. 
13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik. 
14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan. 
15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. 
16. Ego lelaki memang kuat tapi hatinya lembut,biasakanlah diri anda dengan perangai lelaki yang suka bersosial dan nampak macam lebih mengutamakan kawan berbanding kekasihnya kerana itulah dunia lelaki,mereka lebih selesa berkongsi segalanya dengan kawan dari meluahkan kepada kekasih sendiri ini kerana lelaki tidak mahu mengguris perasaan atau terlepas cakap sesuatu yang tidak sesuai dan sepatutnya dikongsi pada kekasih. Mereka lebih selesa dengan kawan-kawan lelaki lain kerana hanya 'Lelaki kenal lelaki' dan mereka umumnya berkongsi minat yang sama. Oleh itu biasakan lah diri dan terimalah seadanya. 
17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. 
18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. 

Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka. Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau lelaki kurang, wanita kena tambahkan. Kalau wanita kurang, lelaki kena cukup kan. Kena ada check anda balance. Baru lah aman sesuatu perhubungan.

21 Perkara yang membuat Lelaki menyenangi Wanita











Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda

Nak Tahu Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?


Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak?
Kenapa seluar dalam lelaki biasanya dijual dalam kotak sedangkan panties perempuan pulak selalunya dijual longgok, berlipat atau bergantung?
Hurmm… kenape ye??
Korang nak tau??
Boleh tengok jawapannyer tat bawah….
‘First’ kita tengok macam mana orang perempuan memilih seluar dalam:

 Satu jam yang Pertama
 15 minit kemudian
 sejam setengah berlalu
setelah 1 jam 45 minit


Sekarang kita tengok pulak macam mana orang lelaki memilih seluar dalam:

So, tu lah jawapannya… Hehehe

Ish2....teruk dah zaman skarang nie...

Pasal baju raye je pon...pikir la sikit situasi kewangan suami tu...suami bukan mesin ATM...nk mewah bagai g la cari suami yg Jutawan ke ape kn...

Rimas dan bosan ??

Dah cukup Rimas dengan cara gua ! :)

  • TIADA MASA WALAU SEDETIK - Sebelom dapat gf punya lah baik punya ayat ! dulo sms sampai gua rimas bro..Ada gua kesah ke??!! Tapi lepas pompuan da sayang, mula lah dia jarang2 sms bz and sebagainya. Kadang2 sampai tertunggu2 sms dari diorang (Pompuan memang mcm tu) 
p/s: Lelaki kalau dia betol2 sayangkan Gf dia akan meluangkan masa even sekejap pon ! :) aku dah buat server dak poly.. hahahaha

  • APA JE YANG KORANG STORY PASAL KORANG, DIA BUAT TAK TAU AJE - dulo kemain lagi kalau tak share pape pon mesti  lelaki korek2 gak rahsia tu. tapi tu tinggal kenangan je ~ Sekarang kalau cakap sikit mesti macam kita cakap dengan TUNGGUL! membebel banyak mana pon diorang still '0' ... untuk menutup malu so stop jela ! tu la sbbnya.. Lelaki tak pernah nak care benda2 kecik macam nie.. it hurt !

  • JARANG CAKAP SAYANG DAH.. - Menyatakan perasaan sayang, macam melepaskan batuk ditangga. Kalau kita bgtau yang kita sayang dia. n respon beliau hanya 'K'.. Woooo~ sangat parah..

  • MACAM KORANG TAK WUJUD - Bz dengan segala macam kerja seperti korang tak pernah wujud dalam hidup diaorg.. lagi2.. kalau lelaki yang suka menggedik dengan kawan2 korang sendiri. Memang tidak layak la~ hamboiiii pantang nampak yang lebih cantik !

  • PENTINGKAN KAWAN TAHAP MELAMPAU - Dia tak ada masa dengan korang tapi kalau dengan kawan2 dia, perghhhh ape pon boleh... hahaha ~ KAWAN memang segalanya bagi seorang lelaki kan??!!! mari pikirkan sama2.

  • TERLALU BANYAK ALASAN - kalau dah bosan, suruh list kan sejuta alasan pon tak ada masalah kan???

Tuesday, August 7, 2012

Telatah Nyet2 dan Katik
























Thursday, August 2, 2012

Cik Bedah Pinky~

Monday, July 30, 2012

Latest Cik Bedah Pic




Isu Gemuk ! Pompuan Sensitip k ;

Saya Hot ok !



Perempuan sememangnye sensitif kalau dipanggil gemuk,,[kalau x marah pun dalam hati mesti terasa] ade yg akan marah,kalau x marah pun mesti rasa cam eh betul ke da gemuk aku ni?? haaa mcm tu..

Betul tak??

Bab2 badan ni kan, especially lelaki mesti cam tak faham kan. Memang tak berapa nak paham agaknya. perempuan gemuk bukan kehendak dirinya. Please terima dia seadanya. Dan mungkin diorang fikir kenapa la kalau perempuan tu kn badan da kurus melidi tp still rasa gemuk,,mmg cmtu ea? sekurus-kurus pompuan,tetap akn merasakan diri die gemuk walaupun kadang2 sebenarnye bkn lah gemuk pun, kadang2 naik pipi sikit je pun da risau x tentu pasal ye dak? ok x nak refer kt org lain la..aku sendiri pun mcm tu sebenarnye, dan aku sendiri x faham jgk kalau kwn2 aku yg mmg dah kurus tetibe merungut da gemok, dan kwn2 aku yg bdn agk berisi sikit dari aku pun x paham kenapa aku nk kate aku da gemuk,haa tp begitulah hakikat nye... sebab....

 
PEREMPUAN MEMANG BEGITU.......


mmg complicated, perempuan mmg kadang kala sgt obses menjadi kurus, kalau x  takkan la ramai pesakit anorexia ngn bulimia ramai perempuan kan? hahahaha..x dpt nafikan menjadi kurus boleh meningkatkan keyakinan diri, padahal bnda tu x perlu pun sebenarnye, perempuan yg berbadan comel tp confident dgn diri die adalah wanita yg paling cool skali taw..selebihnya bile bdn kurus, senang cari baju dan budak laki pun xde la mengejek kan,bdk laki mmg suke mengejek..tu yg paling menyakitkan hati,kalo stakat nk gurau2 lembut tu mgkin xpe la kot..tp kalo gurau2 yg menyakitkan hati tu yg makan dalam tu..bagi boypren2 yg ade awek msti awek akn mengeluarkan dialog berbunyi:

'awk saya rase peha sy dah besar la'
'awk rase bdn kite gemuk x?'
'u,,mane lg gemuk..i ke mkcik yg pakai bj ijau tu?'

dan soalan-soalan tu bkn skali je akan di tanya..tp berulang2 kali..kepada pakwe2 gewe2 kek luar sana, LaYaN KAN AJE GF ANDA hehe women need to be comfort..ok? hahaha sbb benda ni mmg takkan berakhir ye wahai lelaki..cume bg yg trlampau obses nk kurus tu mgkin bahaya sikit bile da makan mula trfikir nk jolok kan tekak dgn berus gigi nk bg muntah balik..haa kang jd lah kurus yg berpenyakit..

Chocolate Cookie Crumble


Saya berharap setiap hari saya dapat menikmati Dia !

SETIAP HARI YE !


Monday, July 23, 2012

Dainese Rider Pants & Puma Racing Suit

Syg can get  this one for me plisshhhh!!! @_@

Or This  Racing Suit???  I'm dying for it!  ^.^

Tuesday, July 17, 2012

Menu Petang ni~

Ikan Goreng Kuah Tauchu with Special Spieces..




Monday, July 16, 2012

Room MakeOver~

setelah 3 taun x mengemas bilik sbb jarang tido dalam bilik akhirnya pada hari ini 15/7/2012 jam 10.24 pagi sejarah berlaku di bilik aku dimana operasi mengemas dan melapangkan bilik bermula..walau pun x seberapa rajin tp hasilnya kemas jugak la bilik aku ni....lapang lg pun ada.. :)

Time aku tengah mengemas la si Nyet2 ni nk tido kat tempak aku kemas lak!haiissshh 

Si Katik dengan muka comotnye.. Dia sangat baik oke!

 My WorkPlace


 DeskTop


 Tilam Ku yg super Empuk...99% pure kekabu tau!




Sunday, July 15, 2012

Which one For Our Babies??


Walllawwweeyhhh   kalau baby boy yg atas la...kalo gegirl yg bawah tu seswai hehehe :))

Thursday, July 12, 2012

Rokok Tidak Membahayakan Kesihatan

Suatu ketika dahula ada tiga orang sahabat bernama Hamad, Hamid dan Hamud. Ketiga-tiga mereka mempunyai hobi yang berbeza. Hamad merupakan kaki perempuan dan hari-hari melayan wanita tidak kira di mana jua dia berada. Hamid pula seorang kaki botol, hari-hari mabuk minum arak 10-20 botol tiap-tiap hari. Manakala Hamud pula seorang kaki perokok.

Suatu hari mereka terjumpa satu botol. Seperti dalam cerita-cerita zaman dahulu, selepas digosok botol itu keluar satu jin dan berjanji akan menunaikan satu permintaan setiap seorang. Hamad meminta untuk bersama 1000 wanita dari semua negara dan berada di dalam gua selama 10 tahun tanpa gangguan. Hamid pula meminta dirinya berada di dalam gua bersama 10000 botol arak dari pelbagai jenama dan berada di dalam gua selama 10 tahun tanpa gangguan. Hamud pula memintan 100000 kotak rokok dari pelbagai jenama dan duduk di dalam gua selama 10 tahun tanpa gangguan.
Selepas 10 tahun seperti yang dijanjikan jin itu membuka pintu gua Hamad dan apabila Hamad keluar lemah dan kurus kering dan akhirnya mati. Jin itu membuka pintu gua Hamid pula dan Hamid keluar berjalan dengan perut buncit serta mabuk dan akhirnya rebah lalu mati. Jin tersebut membuka pintu gua Hamud. Hamud dalam keadaan sihat lalu berjalan kearah jin itu. Tanpa bercakap panjang lalu Hamud tampar muka jin itu dan berkata
“Bodoh, mancisnya mana??”agak2 korang la ape yg perokok ni mkn sepanjang dlm gua tu??

Meyingkap Misteri Serigala Jadian

Pada tahun 1573, seorang lelaki Perancis yang bernama Gilles Garnier telah dibakar hidup-hidup selepas lebih daripada 50 orang saksi melihat beliau sedang mengoyak badan seorang kanak-kanak dan memakan dagingnya.

Garnier mengakui bahawa dia telahpun membunuh dan memakan daging lebih daripada empat orang kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana mendakwa beliau adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperolehi keupayaan untuk bertukar daripada manusia menjadi serigala jadian selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.


Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.

Gambar Sebagai Hiasan

Kira-kira 31 tahun kemudian, kes yang hampir sama kembali berulang di Perancis. Seorang remaja yang bernama Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.

Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.

Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes yang sama telah dilaporkan terjadi di pelbagai tempat di seluruh dunia – manusia itu membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian.

Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa seperti serigala jadian yang menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan? Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malahan ia sudahpun berlarutan selama ratusan tahun, bahkan sudahpun wujud dalam pelbagai budaya bangsa di dunia ini.

Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang berkemampuan bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.

Gambar Sebagai Hiasan

Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya mereka tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas jika cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.

Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan bahawa wujudnya puak Neuri pada zaman dahulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama iaitu manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian dengan menggunakan ilmu sihir atau saka.

Teka-teki yang membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian terbabit menyebabkan para penyelidik mulai melakukan kajian bagi membongkar misteri tersebut. Akhirnya selepas beberapa lama kajian dibuat, mereka mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!

Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam. Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain. Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ‘lycanthropy’ dan para penyelidik mempercayai kes yang membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada penyakit lycanthropy berkenaan.

Pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: “Seseorang yang mengalaminya mempercayai bahawa mereka sesungguhnya telah menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.”
 

Penyakit Hypertrichosis

Selain sindrom lycanthropy, para penyelidik juga mempercayai bahawa segala cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik yang dikenali sebagai nama Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu akan  kelihatan seakan-akan serigala.

Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dahulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga terlahirlah momokan kewujudan serigala jadian daripada kalangan manusia yang terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.

Wednesday, July 11, 2012

Home ---> Tutty Fruity ---> Mid Valley

Ok ! Da cukop sangap nak mengedate nih ! so we olls decided nak melepak dekat Mid Valley with kanak2 mereng sekalian .. before dat makan Tutty Fruity yang Baby boo teringin la sangat.. so sebagai nak memenuhkan lagi entry nih so aku taruk picture2 kami yang sangat la Hot stuff ini ..


Tu dia masakan Si Jejaka saya ! Sedap nyaahhh ~ kalah Azwan Ali :)


Tu dia Si muncit tersenyum manis setelah mendapat Tutty Fruity idaman !


See, betapa pelahapnyer... Sayang sape nie??? 


Bila terlalu lapar, mukanya akan berubah ! Pizza Hut :)


ok! setelah sekian lama muka Si Jejaka, Now it's my turn ! Khusyuk menyedut Air :)


Done ! tu sahaja entry untuk kali ini, next time jejaka plak k ! 




ada lagi sorang tertinggal !


Taaarraaaa ~


Si Dobot memakai Tudung :)